your secrets will always follow you home - melissa hill

Thursday, 28 April 2011

sushi king bonanza

hey its here in pahang babeh from 25 april - 28 april . so promotion ni dah pun tamat

tapi sambutan dy memang sangat mengagumkan lah . demi sushi rm2 mereka-mereka ni sanggup beratur panjang   . kalau kat ecm ni dari pintu sushi king sampai lah ke pintu johnys . sikit lagi nak sampai ke pintu pizza hut . rata-ratanya adalah mereka-mereka yang berbangsa cina . malay kurang . indian lagi lahh 1:10 je kot . 
pastu disebabkan ramai orang , sushi king sampai ta cukup tempat nak makan tau , sampai ke tahap mereka terpaksa pinjam kerusi meja dari jiran sebelah mereka iaitu mama chops papa grill . ha jangan main-mainnn..  teserlah ikatan persahabatan antara dua kedai ini .HAHA . si pembuat sushi pulak tak payah cakap lah , tak menang tangan diorang-diorang ni buat sushi . boleh sampai ke tahap kaki diorang pun nak tolong buat sushi sekali .  
aku ni pulak kalau dah namenye keje berdepan dengan sushi memang wajib lah aku terima promotion ni , dua kali kot aku pegi , haha . first day aku pegi dengan aisyah abu , azreen azharuddin dan kawan aisyah . second day aku cuti so aku tak pegi lah . pastu keesokannya aku tak pergi jugak sebab ramai orang and last day tadi aku pergi dengan natasha samat dan amira anorah . kire kami ponteng lah kejap . hee . tengah-tengah makan tu tetibe bos datang kedai , adoii kantoi pulak >.< biase dy datang petang . pastu gf bos pulak masuk sushi ni ha duk ngan kitorang . kami yang tengah menikmati sushi ni memang la sangat seronokkan bile buat macam tu . aduii dengan pantas kami menghabiskan sushi kami , padahal dy tak marah pun . cume kami kene tolak time rest . huh baru je aku nak cipta record .  
impian tinggal kenangan , huh 

tapi yang aku heran dua-dua kali aku pergi , inari tak dop ponggg . huh . kecewa beb . 
mungkin bukan jodoh aku =(



*gambar diambil dari google . 

Tuesday, 26 April 2011

thank you today

terima kasih kawan saya seronok hari ini . 
meronda bandar kuantan bersama malya , alya , aisyah , azreen dan azreen . ya , ak bukan salah tulis tapi memang ada dua azreen pada hari ini .


ecm(tempat wajib dikunjung) , lunch di Kentucky Fried Chicken sebab muhammad azreen tak makan dari pagi . 
btw thanks sebab belanja kitorg mkn 

then melawat farah halid 
snap , snap kejap

pastu borong tudung di kedai bangla yang cukup sinonim dengan kami . HAHA . cari lah kedai ni kalau jumpe . murah dan ok lah . kami seronok ,  
tengok muke sengsorg betapa seriousnya memilih . 
dan dia lah yang paling banyak memborongnya. 
almaklomlah sarawak ta ada tau bende-bende mcm ni >.< 
*ta apa hari ni hari dia esok lusa tiba lah masa untuk aku pulak yang memborongnye . 

lepas tu hantar alya di bukit istana kemudian ke megamall . melawat nadti sulida .sementara menunggu aisyah abu dan malya ghazali sembahyang , kedua-dua azreen menonton 5D

kemudian kembali ke ecm . azreen azharuddin memborong pula di brands outlet dan padini . 

lokasi seterusnya kami menuju ke taman gelora tempat encik rostam berniaga , berjumpa dengan anak pak cik rostam iaitu nurul fatihah di sana . 
again makanan kami disponsor pula oleh cik nurul fatihah . 
thanks kawan !

kemudian hantar muhammad azreen ,aisyah abu , malya ghazali dan saya . 

ouh btw transport kami ditaja oleh azreen azharuddin yang memandu pada hari ini .
ha nampak ta kereta tu ? 
lupakan expression saya, HAHA 



*gambar-gambar di atas di ambil daripada azreen azharuddin . 

Monday, 25 April 2011

im happy =)

hari ni ak memilih untuk drive ke tempat kerja .

hari ni aku rehat awal .
berjumpe azreen azharuddin yang balik bercuti . makan di sushi king sebab ada promotion sushi rm2 . 
bergelak riang ketawa bersama-sama , 
budak ni sudah ada dslr . jangan memain . 

sambung kerja . 

*saya suka gambar ni . aww ! rase nak tatap je sampai puas . HEE

Friday, 22 April 2011

cerita kedai kopi ; tandas

mari kita mengenal sign-sign yang terdapat di dalam jamban terlebih dahulu 
ni untuk lelaki 
ni untuk perempuan 
ni pulak untuk o.k.u
dan ini untuk baby room

tapii korang pernah terfikir ta kalau bapok , diorang nak kene masuk tandas mane satu ? 

tadi punye lah terkejut aku bila tetibe ada sorang bapok ni masuk toilet perempuan . masyaallah , bagi aku ni sesuatu yang luar biase ok ! korang maybe dah selalu lah nampak tapi tidak selalu bagi aku . 

k'mon la , awak tu asal lelaki tak payah la nak act macam awak tu betul-betul perempuan sampai ke tahap masuk tandas perempuan tanpa segan silu . so bagi aku kita patut wujudkan lagi satu tandas untuk spesis ini .  so apa pendapat korang ? HAHA 

Thursday, 21 April 2011

diari braces ; bubur


walaupun baru 3 hari pakai aku sudah mula busan makan bubur . walaupun bubur lah makanan yang paling sesuai untuk orang macam aku ni tapi aku suda naik muak . bukan sebab tak sedap , tapi sebab bubur ni walaupun kau telan seperiuk pun lepas 10-20 min lepas tu kau mesti lapar balik macam tak pernah makan apa-apa . tak ke haru ? 
pastu bubur pulak tak boleh la nak isi ayam ke ,udang ke , sotong ke , apa sebab payah la nak kunyah . kalau diblander boleh la aku telan guna straw . haha . 
macam hari ni . aku bangun lambat lupa nak pesan kat mak aku yang aku nak bekal hari ni . so dy tak masaklah bubur untuk aku . so aku kene beli . nak tak nak foodcourt jugaklah pilihannya , TAPIII 

"nak bubur satu
"bubur ayam ?" . 
"hurm nak bubur ayam tapi tak nak ayam dengan ikan bilis ."
*dengan kening berkerut memikirkan sesuatu sambil menulis kupon makanan .
mana tak berkerut tak pernah-pernah orang minta bubur ayam tapi tak nak ayam .  
"so akak bagi bubur lebih lah ye ."
"hurm memang itu pun yang saya nak"
dan berlalu
"eh dik-dik (dahi masih berkerut) erm.. sebab apa eh tak nak ayam ? "
aku hanya mampu bersenyum dan dy ternampak sesuatu yang berkilau di dalam mulut dan 
"ooo..."
bunyi macam orang bodoh kan ? nak bubur ayam tapi ayam tak nak , tapi aku peduli hape janji aku dapat makan dengan senang hati tanpa perlu mengunyah , itu yang penting !

Wednesday, 20 April 2011

Getting Braces

ok rakan-rakan ingin saya maklumkan di sini bahawa saya sekarang adalah si pemakai pendakap gigi !

here the process of getting braces . its not pain . seriously !

dan inilah wajah saya apabila memakainya
*saya pilih warna pink dan biru
(not sure biru apa sebab biru ni banyak sgt adk-beradik dy)

selepas mereka lihat sy comel pakai braces >.< mereka pun mula jelous and start thinking of wearing braces like me . HAHA . i'ma big influence here . hoho .

BILA DA PAKAI BRACES !
ada banyak perkara yang akan berubah dan korang ta boleh buat

  1.  ta bole mkn bende keras takut nanti gugur pulak korg punya braces tu . 
  2. bende gummy-gummy mcm chewing gum pun ta boleh 
  3. kene selalu gosok gigi
  4. rase macam nk melekat depan cermin sepanjang masa sebab takut ada bende lekat celah bracesku yang comel ini 
  5. korang akan susah nk sebut teruntamanya huruf 's' . senang cerita pronounce korg akan jadi lain . even korg rase biase tapi rakan-rakan korg yang mendenga akan tahu akn perubahannya . mereka tidak akan menipu kerana mereka cuma akan mengajuk balik . 
  6.  akan ada ulser 
  7. makanan febret korg haruslah bubur .                     alasan ; senang nk telan sebab bila da pakai braces korg akn susah nk mengunyah . maybe awal-awal la . nanti-nanti da biase bedal je semua , HAHA
  8. korang akan senyum dengan lebih yakin sebab braces da menutup gigi korg yang berterabur tu , HEE


braces adalah bende yang aku nanti-nantikan selama ini . so azam aku sudah tercapai ! *clap clap clap
*bila korg da pakai braces korg akan dapat rasa erti seronok tu tapi dalam seronok mesti ad yang ta seronok iaitu time makan ! urghhh . 

Monday, 18 April 2011

PRONOUNCE IT RIGHT

semua orang ad name , kalau ta da name bukanlah orang . even semua bende pun ad namenye yang tersendiri . 
nama saya siti ashirah binti shafiee . kamu boleh panggil saya ashira . sebut betul-betul . 
A-SHI-RA = ASHIRA

ak cakap sebut betul-betul kerana selalunya orang yang pertama kali berjumpa dan bertanyakan nama aku mesti akan 
"ha? " 
"a-what ?" 
ak pulak macam "erk pelik sangat ke  name ak ni ?"
dengan sabar ak akn membetulkan sebutan mereka sebutir-sebutir dengan penuh kesabaran 


macam ada satu kisah ni 
time tu ak darjah empat . ad la mak cik ni jaga ak la kirenye 
sepanjang tahun tu ta penah sekali pun dy sebut name ak dengan betul 
aqilah lah , athirah lah , amira lah , aishah lah , last-last dy fed-up dy panggil ak siti . 
katanya "senang sikit nak ingat . ta lah asyik salah je ." 
ak pun redho je lah . siti pun siti lah . 

nama ashira memang jarang didengar kan . boleh ckp 1 dlm seribu , erk . eh betullah korg ad kawan name macam aku ? ha payah kan nk ada . dulu aku ta berapa minat dengan nama ak sendiri sebab orang selalu salah panggil . almaklom lah ak sensetip sikit kalau bab salah name ni .haha , last2 ak seda ak patut bersyukur sebab ak ta ada masalah orang confius nama macam
"eh amira mane ni ? amira ramli ke amira razali ? "
kan ke payah kalau mcm ni , puaslah org tu kene describe satu2 pasal org tu nk kasi kawan dy tau yg mane satu orgnye . in the end name mak bapak kasi nama sedap2 org kene tambah descripsion kat name blakang kasi org ingat mcm contoh "amira kerinting , amira pendek " ta ke haru ? 

Saturday, 16 April 2011

dumbling ; penat

bila saya penat ayat saya berterabur hanya saya sahaja yang paham 
bila saya penat saya susah nk bukak mata luas-luas
bila saya penat saya susah nak senyum 
bila saya penat saya akan ber-emo 
bila saya penat kasi lah saya tido 
bila saya penat macam ni lah muka saya 
=.<

ok sekarang saya mahu tido , entri ni sekadar nak membanyakkan lagi koleksi entri yang ada . tehee 
stupid dam dam 
good nite peeps !
nanti bila da cukup rehat saya post entri yang bermanfaat sikit ye C;

Tuesday, 12 April 2011

surau

aku mahu tanya kalian surau berfungsi sebagai apa ?
A ) tempat beribadat
B ) tempat melepak
C ) tempat untuk tidur
D ) tempat untuk menyorok 

ha korang pilih lah sendiri abcd tu 

aku tulis ni sebab ada la hamba allah ni dy da buat surau ni sebagai markas untuk dy melepak . 
ta ke tercabar keimanan aku ni yang senipis duit kertas tu .
*ehem ini bukan nak mengumpat ye ! tapi ak nk bagitau kesalahan dy supaya korg jangan buat macam dy ni . 

hamba allah ni dah lah masuk surau ta menutup aurat . i mean rambut kaler2 pastu pakai lengging 3 suku . ta cukup dengan itu dy set pulak ringtone dy jenis yang sebatu boleh dengar . memang lah sedap telinga ni mendenga suara maher zain berkumandang setiap kali msg dy masuk TAPI ta ke kacau kekusyukan seseorang yang tengah sembahyang ???
 "hello , awak ni dlm surau lah kak , apa salahnye kalau buat vibrate sahaja ?" 

pastu dy boleh berborak pulak dengan kawan dy kt dalam tu . masyaalla , sabar-sabar . ta boleh ke kamu orang buat lepak di tempat yang lain ?  e-c-m ni ta cukup besar ke untuk kamu orang cari port untuk lepak . kalau nk tempat tenang rooftopkn ad . 
semoga mereka diberikan hidayah oleh allah s.w.t . 
aminnn .. 

Monday, 11 April 2011

i want you ! : ipod


i wish i could have this ipod touch 4 32GB by end of this month but i failed to fulfill this wish coz i don't have enough money to buy . urgh i don't know when i could have this . i do really hope that one day i could own this one . pleasee help me ! or maybe i should find SYURGAdaddy to buy this one for me *sight . hee

Sunday, 10 April 2011

tips : tudung

ok malam ni aku rajin nk post banyak-banyak 

aku mahu tanya kalian 

perempuan pakai tudung untuk apa ?
A ; menutup aurat
B ; menutup rambut yang ta cantik 
C ; menutup kepala dari masuk habuk 
D ; trend orang sekarang
ha pilih mane satu .

sebab ak selalu nampak orang sekarang , pakai tudung ta sempurna ala-ala nk masuk jamban . ye lah korg tau kan kalau budak kecik dulu kalau nk msk jamban macm mane . diorg percaya msk jamban kene tutup kepala takut syaitan b***k atas kepala . ak cakap budak kecik dulu sebab budak kecik sekarang entah lah masih percaye bende ni ke tidak . ke ak sorang je yang tau pasal ni ? erk -,-'

korang kalau nk pakai tudung
pakai lah betul-betul . jangan lah dedahkan aurat , ye ak tau korang nk pakai pashmina yang terbang-terbang tu tapi leher mesti mau jaga ye kak . ni tak sekali tiup dek angin habis leher nampak . kalau pakai rantai 32karat tu comfirm nampak kene ragut punye .

ha contohnye macam gamba atas ni . sekadar contoh ye , CONTOH .
this is wrong !
ha yang ni baru betul . 
nampak tak ? leher terjaga . jambul depan pun ta ada.

kalau korang pakai tudung . 
ta payah la pakai baju lengan pendek yang sikit lagi jadi yang ta da lengan tu . 
nampak sangat mcm korg ni pakai tudung sekadar untuk menutup rambut korg yang tukang gunting salah potong . korg ta rase ke ? ke korg seronok buat mcm tu ?

kalau korg pakai tudung
janganlah pulak pakai skinny jeans . 
menampakkan susuk tubuh tu kan haram . 
ni tak pakai seluar yang bak kata nenek ak "macam sarung nangka"
sampai ade tu yang jalan macam kat atas bulan je.  

kalau korang pakai tudung 
jangan lah cekik leher .
ni untuk tudung yang ade owning tu .(ta reti spell) 
ha tudung yang ni
jangan lah cekik-cekik . ak yang tengok ni pulak yg naik kesian lebih dari si pemakai tu . 

kalau pakai tudung 
jangan lah pakai shawl yg jaring-jaring . 
nk pakai jaring-jaring boleh janji bile jalan kat kawasan berlampu leher korg ta nmpak . ni tak ak siap bole nmpak lagi rambut dy panjang mane , kerinting ke lurus . 


NOTA KAKI 
ini sekadar pandangan aku . aku pun bukanlah sempurna . senang cerita semua orang ada kekurangan masing-masing kan ? so maafkan aku kalau korang ta setuju dengan apa yang aku tulis untuk entry ini . 
oh ! dan gambar-gambar di atas di ambil dari google sekadar hiasan untuk memperjelaskan lagi apa yang ak nk sampaikan . so sekali lagi aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya entri ini ada mengguris hati sesiapa .

malu bertanya sesat jalan

satu pasangan dua merpati asyik berjoli berhenti di kiosk menjual accessories phone
mereka melihat-lihat barang yang terdapat di situ
"ye cari apa" datang si penjual bertanya dengan nada peramah terpaksa
lelaki hanya memandang sahaja si penjual tanpa berkata apa-apa ,senyum pun tidak !
perempuan pula lagi lahh pandang pun tidak !

mereka menawaf lagi . pertanyaan si penjual dibiarkan semut dilantai menjawab .
si penjual mengekori mereka dengan penuh kesabaran

sampai di hujung kiosk yang kedua
mereka masih mencari-cari
ternyata pencarian mereka masih gagal untuk di temui .
"hurm casing c3 ade ?" akhirnya perempuan membuka mulut
"hah ! baru nk bukak mulut ! " si penjual bermonolog sendirian
"ni" tunjuk si penjual .
barang yang mereka cari berada betul-betul dihadapan mereka .

betullah orang tua berkata malu bertanya sesat jalan . kn dah malu . kalau diorang tu tanya awal-awal kan senang , ta rugi masa dan tenaga menawaf dua kiosk ni . malu pun ta ada . apa salahnye bertanya , ta perlu bayar . silap hari bulan diorg boleh dapat diskaun lebih lagi tau .

dumbling : kelebihan

kenapa dy selalu advance dari sy ni ? ta aci ta aci !
sebelah kanan berkata "bersabarlah ashira itu rezeki dy"
di sebelah kiri pula berkata "kite bako je dy tu"

apa boleh buat semua orang ada kelebihan masing-masing . perasaan cemburu hanya akan memakan diri kita kelak , so berfikir lah dengan waras . bak kata orang tua-tua "ikut hati mati" , mungkin itu bukan kelebihan aku tapi kau . mungkin kelebihan ak yang lain yang ak masih belum tahu .

as friend i support you !

Friday, 8 April 2011

driving experience

today was my first day drive to work . its because i have to drive not because i want to drive hee.. 
my father which usually send me to work go somewhere for work thing . im not sure . and i supposed to take public bus but my leg hurt . hard to walk . hee so luckily my brother let me use his car =)

so vroom vroom to work . nothing special act . but i just wanna share tehee . 

u know what , i almost forget that i drive today . hee . i wait for my sister to fetch me like usual but only for 1 or 2 min only . bodo kan ? hee

if you are like me , just got the license , the most important thing to do when you drive is STAY CALM . don't rush especially when corner . u have to be an extra careful . 

  

Saturday, 2 April 2011

dont ever change your hair colour !

one of my friend dye and highlight her hair and cost her around rm300 something something . the result was "erk is this you ? u look like my grandmother lah" . a lot of people said so and she feel the same , so she decided to dye her hair back . she ask the salon and it will cost her around rm200 more . imagine in 2 days she lost rm500 just for hair ! its really not worth AT ALL ! so she use the manual style . she dye by her own self . HAHA ya its look like the real and natural her but there's already so many chemical thing in her hair . pity her , 


 moral of the story 
don't dye your hair . it will cost a lot of money besides will increase chemical on your hair which could damage your hair , if you gotta wrong hair colour you will look older than your age . 
and for muslim i think you better wear hijab lah . once you start wearing you will feel the different in you . trust me . you WILL feel the difference .  


*sorry i'm broken english and i know there's so many grammatical error . i'm trying to improve it , did you understand what the hell i'm talking about ? hee

tanggal 2 april 2011

hari ini merupakan hari terakhir malya ghazali dan aisyah abu bekerja =(
lepas ni ak da ta ada kawan nk bergelak dan merayau sebab farah dah tubuhkan geng baru bersama PROPA di kedai atas . HAHA ..
tapi pape pun dalam masa 2 bulan ni ak seronok dengan korg .
thank you !! *iloveyou ioveyou