your secrets will always follow you home - melissa hill

Sunday, 25 September 2011

lets watch this video first :)


ok sekarang apa kau rasa ? terharu tak . im speechless -,-"
opening pun da ada rase nk insaf da . ak ni bukanlah fanatic sangat dengan wardina ni tapi kagum lah dengan perubahan dy . insha'allah sama-sama lah kita berubah macam dy . amin.. :)

"ya allah ya tuhanku janganlah kamu tarik hidayah kepada ku setelah kau berikan aku hidayah"

Saturday, 10 September 2011

bajet 2011

salam sejahtera salam hormat salam satu malaysia , hari ini kita akan membincang mengenai bajet.#tipu je ni

tadi keluar dgn seri dgn amirul , tp sebelum mereka berdua sampai kebetulan malya ghazali ada kat ecm . cerita ngumpat cerita ngumpat pergilah teman dy pergi cari kasut khas untuk rakan matriksnye . tanpa berlengah kami menapakkan kaki ke padini #ecm mane lah sgt tmpt nk cari kasutny . sesampainy kami di sana maka terus menuju ke arah tempat sale #bajet ciput ta mampu nk beli new arrival ni . cari punye cari last-last sama sama terminat kat satu kasut ni . hal kasut kawannye terus dilupakan , minta-minta size , last-last size malya ta da , ada size ak je. kata malya "ta pe lah bukan rezeki ak .
dalam hati : untungnye orang berkaki besar.

haru betul ak yg nk berjimat last-last terminat pulak kat kasut tu . kopak duit aku . so bertambah lah lagi koleksi kasut aku dalam almari kasut tu ha . nanti lama-lama almari tu pun penuh dgn kasut ak je . dah la stock hari tu pun ta pakai-pakai lagi .  kak.ina pernah tegur "awak ni kehendak melebihi keperluan"
hurm nk buat macam mane kak...barang kehendak lagi banyak jumpe dari barang keperluan .kan?

entah bile la nk menyimpan . sejak pegang duit sendiri ni hamboi soping ta hengat . lagi-lagi ada geng . haru... pastu duit pun keluar la macam air pastu bile purse da kosong baru la nk berjimat balik . macam mane eh korang korang ni bole berjimat ?


eh eh teman idok lah beli kasut ta jejak bumi cenggini , idok maunye teman pakai kasut  rope gini, mau terpleot temanny nnt . haru pulak .

Wednesday, 7 September 2011

there's secret behind my 'fantastic' job

penah tak korang salah tengok kalendar ? pernah tak korang asyik ingat hari tu hari sabtu padahal dah tau yang hari tu hari jumaat ?

isnin lepas dengan wajah confident ak pergi ke klinik gambut . sebab ad 'appointment' . bile da landing atas kerusi baik punye rilex tetibe name kene panggil "siti ashirah" tapi sayup je . so ak buat bodo je la . "salah orang tu . biase org panggil ikut pintu , ni kat kaunter.salah tu" ayat penyedap . kali ketiga orang tu panggil lagi kali ni confirm ak ta salah dengar . ak pun bangun . pergi kat kaunter .
"ye?"
"dik appointment ni esok la" sambil menghulur kad pink yang ta berapa nak comel tu
"ha?"
"hari ni berapa hari bulan dik"
--" malu salah tarikh . terus blah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

esoknye adush abg smlm jaga kaunter -.-''
muke tunduk je time letak kad . (ta nk kasi dy cam *konon)
da letak terus blah. "lega dy ta perasan"
tunggu sikit punye lama baru la turn ak sampai .
doc check muke serious habis . naik takut ak .
"ak ad buat salah ke? apa kena dgn braces ak kali ni . da la yg lepas kene tegur.da la ak bantai mkn benda keras"dan macam-macam lagi senarai bende salah ak buat sambil bermonolog dalam hati .
kemudian doctor tu pun bersuara "have u check her module?"sambil tanya kepada doctor pelatihny . hurm gigi ak ni jadi bahan uji kaji dy . gigi terabur ak ni jadi bahan tentukan dy pass ke tak jadi doctor .
"sebelum ni gigi dy berterabur now u see how beutiful they are . fantastic kan?" sambil mengklebet-klebet gigi ak .
"gigi da cantik kan sekarang ?" tanya kat ak pulak . bile org da puji senyum lebar lah ak . hee
"fantastic . doc ta sangka dy akan secepat ni" pujinya lagi

*woohoo kene puji . padahal doctor tu ta tau ak tibai semua bende yg dy cakap ta bole , tu yg jadi lawa semacam tu . haha

pastu da settle tu . tunggu kad ak . hurm abg smlm ad lagi kat situ --"
ta lama lepas tu dy panggil nama ak .
"dik next appoinment 14oct . jangan salah tarikh pulak ye "
ak pun senyum je la . "hish rupanya dy cam ak...."

#so lepas ni kene selalu la berjinak dengan kalendar . ta mau da salah tarikh . *malu!

kau igt ak anak barbie nk panggil ak baby ?

"Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby nooo
I thought youd always be mine mine"

besar betul mandat kau kan ? the world is getting crazy kan ? scary man pun makin ramai . hairan layan baik salah , layan buruk pun salah . kalau baik nanti niat baik di salah anggap . kalau buruk nanti mmg da sah di cop budak kurang hajar . so macam mane ? kenapa pergaulan antara lelaki dan perempuan mesti dianggap sebagai couple etc? ta boleh ke jadi kawan biasa ? satu persoalan yang tak pernah terjumpa jawapanye . ke aku je yang tak pernah jumpe . hurm ....


# idinfindsomeonesuit me.thatswhyidontdorelationship.paham?

raya raye rayo



tahun ni balik raye kedah :D

ahad pergi ke kerteh . tido semalaman di rumah kakak kakak ipar . hurm anak dy ta pernah tengok orang pakai braces . muka pelik habis tengok aku ni . pastu macam-macam la aku kene soal jawab dengan dy . "ap tu ?" , "ada bunga la kat gigi" <---yg ni ak ta tahan bunga dy panggil ? ade ke patot . "sakit ke ? boleh mati ke pakai ni " , "dapat dekat mane ?" , "boleh cabut ke ?" dan macam macam lagi .

esok nye balik kedah lalu ikut kelantan . mak aih seksa betul nk sampai ke sana . tapi seronok dapat tengok sawah padi . hijauu je . kuantan ta de kan ? raya kat kedah ni biase biase je . tapi yang bestnye kite dapat jalan jalan bak kata orang kn jauh pemandangan luas pandangan . puihh . haha . pegi sane ta dapet la nk nyopingnye sbb semua kedai tutup -.-" macam petang raye hari tu . kami pergi la jejalan ke pekan pendang yang sekangkang kera tu . harapnye dapat la membeli makanan ke hapa tapi baik kedai melayu mahupun kedai cina semua nye tutup . ta da satu pun yang bukak . dengan perasaan hampa kami pun melangkah longlai pulang kembali ke rumah . jalan kaki je .almaklomlah pekan dengan rumah tu dekat je .

second raye pergi jalan alor star . otw tu ternampak iklan cakap ada pesta computer kat star parade ta silap . terus kami pergi ke sana . tapi hurm ta da pape yang bole di beli . nk beli printer karang ta muat pulak kereta nak hangkut balik .so tengok je . pastu ronda-ronda satu mall ta da satu pun yang menarik . dlm hati "best lagi ecm" hee. malam tu jumpa pulak hurm pangkat anak sedara kut . dy tu time kecik-kecik dulu nakal tahap apa je . mulut ta paya cakap la . ni pun sorang lagi . ta pena tengok orang pakai braces . "apa kat gigi hang tu ?" , "hang beli kat mana benda tu?"

raya ketiga kami berangkat ke perak . rumah dia mak ai jauh terperusuk ke dalam . tapi bapak lah lawo . lua biase je tapi bile masuk nmpak mewah betul . selesa sangat . pastu makan tengahari di rumahnye . wahh seronoknye masakan kampung habis . dengan ikan bakanye . pastu masak tempoyak lagi . sedap sedap . ikan tu fresh lagi dari sungai perak . mmg sangat sedap . mak ak yang anti ikan sungai tu pun boleh makan macam dy makan ikan laut . lepas da makan kami pun berangkat ke melaka pulak .

di melaka , kami sampai pukul 2 pg mcm tu . pastu tersesat pulak ta jumpe rumah . entah mane mane dah . tapi ak mengantuk so ta mencare da . seda seda da sampai . hee pagi tu ronda ronda kota melaka . belaja la balik pasal sejarah mesia ni . macam lawatan sambil belaja da rase . lepas ronda ronda kami pun pulang ke kuantan . wohooo home sweet home =D *ak drive dr melaka to kuantan . whoo !!! seronok . good experience . lepas ni bole la kalau nk ronda satu mesia . puihh


ok ini je cerita untuk raya :)