penah tak korang salah tengok kalendar ? pernah tak korang asyik ingat hari tu hari sabtu padahal dah tau yang hari tu hari jumaat ?
isnin lepas dengan wajah confident ak pergi ke klinik gambut . sebab ad 'appointment' . bile da landing atas kerusi baik punye rilex tetibe name kene panggil "siti ashirah" tapi sayup je . so ak buat bodo je la . "salah orang tu . biase org panggil ikut pintu , ni kat kaunter.salah tu" ayat penyedap . kali ketiga orang tu panggil lagi kali ni confirm ak ta salah dengar . ak pun bangun . pergi kat kaunter .
"ye?"
"dik appointment ni esok la" sambil menghulur kad pink yang ta berapa nak comel tu
"ha?"
"hari ni berapa hari bulan dik"
--" malu salah tarikh . terus blah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
esoknye adush abg smlm jaga kaunter -.-''
muke tunduk je time letak kad . (ta nk kasi dy cam *konon)
da letak terus blah. "lega dy ta perasan"
tunggu sikit punye lama baru la turn ak sampai .
doc check muke serious habis . naik takut ak .
"ak ad buat salah ke? apa kena dgn braces ak kali ni . da la yg lepas kene tegur.da la ak bantai mkn benda keras"dan macam-macam lagi senarai bende salah ak buat sambil bermonolog dalam hati .
kemudian doctor tu pun bersuara "have u check her module?"sambil tanya kepada doctor pelatihny . hurm gigi ak ni jadi bahan uji kaji dy . gigi terabur ak ni jadi bahan tentukan dy pass ke tak jadi doctor .
"sebelum ni gigi dy berterabur now u see how beutiful they are . fantastic kan?" sambil mengklebet-klebet gigi ak .
"gigi da cantik kan sekarang ?" tanya kat ak pulak . bile org da puji senyum lebar lah ak . hee
"fantastic . doc ta sangka dy akan secepat ni" pujinya lagi
*woohoo kene puji . padahal doctor tu ta tau ak tibai semua bende yg dy cakap ta bole , tu yg jadi lawa semacam tu . haha
pastu da settle tu . tunggu kad ak . hurm abg smlm ad lagi kat situ --"
ta lama lepas tu dy panggil nama ak .
"dik next appoinment 14oct . jangan salah tarikh pulak ye "
ak pun senyum je la . "hish rupanya dy cam ak...."
#so lepas ni kene selalu la berjinak dengan kalendar . ta mau da salah tarikh . *malu!